Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
PUTRAJAYA 26 April – Hubungan cinta yang terjalin sejak lima tahun lalu antara Khai atau nama sebenarnya Khairul Nizam Mohamad, 29, dan Rosmayati Sidik, 23, atau Rosma akhirnya termeterai di gerbang perkahwinan apabila kedua-dua penyanyi itu selamat diijabkabulkan di Masjid Putra, Putrajaya di sini hari ini. Pasangan tersebut dinikahkan dengan mas kahwin RM100 oleh jurunikah Masjid Putra, Putrajaya, Abd. Manaf Mat, 49, setelah diwakilkan oleh bapa Rosma, Sidik Abu Bakar, 71, tepat pukul 11.55 pagi selepas dua jam ditunangkan pada majlis yang sama. Dengan sekali lafaz, Khai sah menjadi suami kepada Rosma dan kedua-dua mempelai kelihatan berseri mengenakan busana berwarna putih susu daripada Butik D’risik. Pada majlis itu juga, pasangan tersebut bertukar-tukar dulang hantaran iaitu sembilan dulang daripada Khai termasuk wang hantaran RM16,161.61 beserta sirih junjung, tas tangan jenama Guess, kasut, sejadah, telekung dan senaskhah al-Quran. Rosma pula membalas 11 dulang hantaran berupa kek, sirih junjung, minyak wangi, kasut dan tali pinggang, puding, sejadah, coklat dan senaskhah al-Quran. Bibit-bibit percintaan pasangan itu mula terbit ketika mereka sama-sama menyertai rancangan realiti televisyen popular, Akademi Fantasia musim pertama pada tahun 2003. Ketika ditemui selepas majlis akad nikah, pasangan tersebut memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana majlis pernikahan mereka berjalan dengan lancar. “Alhamdulillah semuanya selamat, mula-mula memang rasa berdebar tetapi bila sudah selesai akad nikah mula rasa lapang dan lega sangat. Walaupun boleh tarik nafas lega, tetapi ini merupakan permulaan untuk saya memikul tanggungjawab,” kata Khai yang pernah popular dengan lagu Dambaan Pilu itu. Tambah Khai, selepas ini mereka akan menetap di kediaman Rosma di Seri Kembangan, Selangor untuk memudahkan perjalanan aktiviti seni di sekitar Kuala Lumpur. Ini adalah keratan akhbar dari Utusan Malaysia untuk tujuan dokumentasi. Pautan: Perkahwinan, Majalah.Dompas.net, Dompas Networks, Guided-Info.com, dan Artikel Sentral. Catatan Sekilas, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online. |

Dikirim oleh Editor 
