Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Takdir Zizie hidup bermadu

Takdir Zizie hidup bermadu
Oleh TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN
ent_editor@kosmo.com.my

LEBIH 20 tahun mengenalinya sebagai seorang pelakon, jarang sekali ada cerita panas tercalit dalam sejarah kerjaya pelakon yang cukup terkenal dengan imej ‘putih melepak’ ini.

Pernah melalui musim cinta remaja yang cukup indah dengan penyanyi Seribu Impian dan Jangan Ada Benci, Casey, Zizie Ezette ketika itu masih terlalu muda untuk mentafsir cinta sehinggalah membuat keputusan meninggalkan cinta pertamanya itu.

Beberapa tahun mengubat lara, kudus cinta Zizie hinggap dalam kamar hati seorang ahli perniagaan yang pernah ‘menggegarkan’ industri perbankan negara belasan tahun sudah.

Pun setelah menganyam cinta lebih 7 tahun, Zizie sekali lagi gagal mempertahankan cintanya, lalu musnahlah impian bergelar isteri kepada seorang lelaki yang dicintai sepenuh hati.

Kelmarin kepada saya, Zizie sekali lagi mengaku hatinya kini dicuri lagi. Apa yang datang kepadanya kali ini bukan lelaki bujang, sebaliknya suami orang, cukup dikenali dan punya status tinggi di kalangan masyarakat.

Tanpa menyebut secara berterus terang lelaki dimaksudkan, di situ juga dilema seorang Zizie Ezette bermula.

Menurut Zizie, dia beberapa kali sedaya mungkin berusaha menolak cinta lelaki yang sudah beristeri, tetapi kalam tuhan tetap membuahkan ‘rasa itu’ kepada golongan berkenaan, yang kemudian menghantar lamaran memperisterikannya.

“Apa yang kita elak, kita tak mahu, kita benci, akhirnya itulah yang Allah datangkan kepada kita. Sebagai hamba Allah, apa lagi yang saya boleh katakan kalau memang sudah ditetapkan jodoh kita dengan lelaki yang sudah beristeri?” kata Zizie meluahkan krisis dalaman hatinya apabila bertembung dengan cinta suami orang.

kosmo! titipkan perbualan kami pada petang Selasa lalu, tentang realiti terbaru hidup wanita 31 tahun ini yang dikatakan bakal menjadi isteri baru kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar dalam waktu terdekat ini.

Benarkah Zizie dan si dia sudah berkahwin?

Kahwin? Aduhai! Belum kahwin lagi. Tetapi saya tidak nafikan sedang mengenali hati budi seorang lelaki, cuma belum sampai ke tahap sudah berkahwin. Saya pun masih dalam pertimbangan untuk menerima atau tidak lamaran itu.

Jadi sekarang ini Zizie mengakulah sedang bercinta dengan Ahli Parlimen berkenaan?

Zizie tahu siapa orang yang anda maksudkan. Beginilah, apa yang boleh saya katakan, segalanya masih dalam pertimbangan lagi. Setakat hari ini saya masih solo, dan saya perlu membuat banyak pertimbangan sama ada menerima atau tidak lamaran itu. Banyak hal kena fikir sebab saya tak boleh lihat dalam diri saya semata-mata, sebaliknya dalam keadaan sekarang banyak hati lain kena dijaga.

DI USIA 31 tahun, Zizie mencari lelaki terbaik untuk membimbingnya ke alam rumah tangga.

Siapakah lelaki bertuah yang melamar itu?

Sila siasat sendiri, saya tak boleh beritahu. (Ketawa).

Apakah benar lelaki yang melamar itu ialah Datuk Bung Moktar?

Maaflah, saya tak mahu sebut nama sesiapa di sini. Tak elok sebab banyak hati yang kita kena jaga tambahan pula ini membabitkan lelaki yang sudah punya keluarga. Sebagai wanita, saya pun kena fikir hati dan perasaan orang lain kalau bercakap. Lagi pun Zizie orang perempuan, tak sesuai cakap hal-hal macam ini.

Kenapa Zizie tidak saja menafikan, Bung Moktar adalah lelaki berkenaan?

Macam yang saya kata, saya tak mahu babitkan nama sesiapa. Mana yang tahu, tahulah siapakah dia. Saya minta maaf, tetapi bukan niat saya hendak sembunyi apa-apa. Saya harap semua pihak faham bahawa menerima lamaran daripada suami orang bukan satu perkara yang wajar dibangga-banggakan. Kalau lamaran itu datang daripada lelaki bujang, mungkin saya akan gembira dilamar, tetapi dia lelaki yang sudah ada keluarga, jadi saya kena jaga banyak benda. Hendak bercakap pun kena tapis juga sebab banyak hati kita kena jaga sekarang ini.

Kononnya Zizie dan pasangan akan bernikah dalam waktu terdekat, maksud saya musim cuti sekolah ini, benarkah?

Orang lain boleh cakap apa saja, dan apa yang saya boleh cakap ialah saya masih mempertimbangkan lamaran itu. Saya tak mahu apa yang keluar daripada mulut saya akan mencetuskan spekulasi lagi. Harap sangat orang akan faham. Kita kena faham perasaan seorang isteri, kalau cerita tentang suami mereka mahu kahwin lain ditulis di akhbar, tentu tak sesuaikan? Apatah lagi kalau lelaki yang dimaksudkan itu orang yang dikenali dalam masyarakat, banyak kesan negatif di kemudian hari.

SETELAH beberapa kali kecewa cinta dengan lelaki bujang, Zizie menerima lamaran daripada suami orang.

Apakah Zizie mencintai ‘lelaki’ itu?

Jujur juga saya katakan. I don’t believed in love anymore. Setelah beberapa kali putus cinta, saya sudah serik untuk berhadapan dengan cinta yang baru. Tetapi kehidupan perlu diteruskan dan akhirnya saya membuka hati untuk lelaki baru tanpa memandang harta dan kedudukan. Tetapi urusan jodoh semuanya terletak pada Allah, saya tak boleh cakap kerana Dia yang menentukan. Lagipun saya artis, macam-macam orang akan cakap kalau terjebak dengan suami orang. Lebih banyak yang melihat artis daripada sudut negatif.

Sejujurnya, Zizie sedia bermadu?

Tolong bagi tahu saya, siapa yang hendak berkahwin dengan suami orang? Sepanjang hidup, sudah banyak kali saya mengelak bercinta dengan suami orang sebab tak mahu melukakan hati wanita lain. Tetapi kalau itu jodoh yang tuhan berikan kepada saya, apa yang saya boleh buat lagi? Saya pernah bercinta dengan lelaki bujang, tetapi kami tidak berjodohan, jadi sekarang saya serahkan segalanya kepada takdir sajalah.

Dalam pencarian bergelar isteri, lelaki bagaimana yang Zizie cari?

Saya mencari lelaki yang boleh mendidik, membimbing saya. Ikhlas mencintai saya dan boleh memimpin dengan baik supaya kita hidup sebagai manusia yang lebih baik di masa depan. Apa yang penting, niat kita ikhlas dan lain-lain hal saya hanya berserah kepada Allah.

Sumber: Kosmo! untuk tujuan dokumentasi. Pautan:Syafrein.comDompas NetworkGuided-Info.com, dan Artikel Sentral, Catatan SekilasPerkahwinanTokohUsahawan MayaCyber IlmuRiau,Banners to click!My Biz OnlineManggis.info


Posted By Syafrein Effendiuz to Perkahwinan at 12/17/2009 07:37:00 AM

Faizal AF nikah: Bapa baru tahu

MARANG: “Saya menerima dengan hati terbuka perkahwinan Mohammad Faizal dengan wanita pilihannya yang hanya dikenali dengan panggilan Norasyikin, walaupun berita perkahwinan mereka hanya diketahui dua bulan lalu,” kata Ramly Yaacob, 60, bapa penyanyi Faizal AF4 dari Kampung Sungai Kerak Satu, di sini.

Menurutnya, sebelum ini Faizal pernah menyuarakan hasrat untuk berkahwin, namun mereka sekeluarga menganggap ia satu gurauan sehinggalah mengetahui anaknya sudah berkahwin dua bulan lepas.

Katanya, wanita pilihan Faizal berasal dari Temerloh, Pahang dan pernah berlakon bersama dalam Filem Momok The Movie sebagai pelakon tambahan bersama Faizal ketika itu.

Sebelum berkahwin, Faizal pernah membawa pulang isterinya itu, namun dia tidak menduga anaknya benar-benar berkahwin dengan wanita berkenaan sehinggalah Faizal sendiri mengesahkannya.

“Saya tidak tahu di mana mereka berkahwin dan hanya tahu mengenainya melalui perbualan telefon apabila dia mengakui sudah beristeri.

“Kami berhasrat mengadakan majlis kenduri di sini, namun tarikhnya belum ditetapkan kerana dia (Faizal) kini sibuk mempromosikan filem di ibu negara,” katanya.

Bagaimanapun dia tidak terkejut dengan berita perkahwinan itu dan menganggap jodoh anaknya sudah sampai walaupun mereka berkahwin secara sembunyi.

Malah dia juga tidak tahu mengapa Faizal dan isterinya memilih untuk merahsiakan perkahwinan mereka.

Ibunya, Zanidah Awang, 48, berharap peminat Faizal dapat menerima keputusan yang diambil anaknya itu dan menganggap tindakan berkenaan bertujuan menjaga popularitinya.

Mereka sekeluarga bercadang ke Kuala Lumpur berjumpa anak dan menantu dalam masa terdekat bagi mengetahui situasi sebenar berikutan tersebarnya berita perkahwinan Faizal yang berlangsung 12 Februari lalu di lokasi tidak diketahui.

Zanidah berkata, dia menerima perkahwinan berkenaan kerana itu adalah pilihan anaknya dan dia menolak khabar angin yang mengatakan anaknya ditangkap khalwat sebelum ini.

“Kami sekeluarga tidak berapa mengenali isterinya itu kerana dalam pertemuan tahun lalu, dia diperkenalkan sebagai peminat Faizal dan kami tidak menyangka akhirnya mereka berkahwin,” katanya.

Seorang penduduk kampung yang ditemui, Mohamad Zuhaidi Omar, 19, berkata dia amat terkejut dengan berita perkahwinan Faizal AF4, yang diketahui tiga hari lalu melalui perbualan bersama rakan yang baru pulang dari ibu kota.

“Saya sangka sebagai artis, Faizal akan melangsungkan perkahwinan secara besar-besaran, sebaliknya dia memilih untuk merahsiakan perkahwinannya itu.

“Kami sebelum ini hanya mengetahui berita mengenai dia ditangkap khalwat dan penduduk kampung tidak mengetahui sejauh mana kebenaran berita terbabit sehinggalah dikhabarkan mengenai berita perkahwinannya secara sembunyi,” katanya.

Bagaimanapun katanya perkahwinan adalah hak peribadi penyanyi itu dan Faizal mungkin mempunyai alasan tersendiri bertindak demikian.

Sumber: Harian Metro untuk tujuan dokumentasi. Pautan: Syafrein.com,Dompas NetworkGuided-Info.com, dan Artikel Sentral, Catatan Sekilas,PerkahwinanTokohUsahawan MayaCyber IlmuRiauBanners to click!My Biz Onlinemanggis.info

Maut selepas akad nikah

PADANG BESAR – Cinta zaman kolej yang berputik antara Mohd. Ariff Ab. Kadir dan Teh Afifah Syahirah Abdul Hamid untuk melayari bahtera perkahwinan tidak kesampaian apabila pengantin lelakinya terkorban dalam kemalangan hanya selepas tiga jam dia dinikahkan semalam.

Mohd. Ariff, 23, maut apabila kereta yang dinaikinya bertembung dengan bas membawa 27 penumpang di Kilometer 7, Jalan Kangar-Padang Besar di sini pada pukul 1 petang.

Turut terkorban, ibu dan bapa Mohd. Ariff iaitu Habsah Othman, 58, dan Ab. Kadir Awang, 53, serta jurugambar pada majlis akad nikah Mohd. Ariff, Mohd. Farhan Musa, 18.

Keempat-empat mangsa itu terkorban dalam kereta Proton Iswara yang dipandu oleh Ab. Kadir. Bagaimanapun, pemandu dan semua penumpang bas sekolah yang dijadikan bas persiaran itu tidak cedera.

Semasa kejadian, keluarga malang itu dalam perjalanan pulang ke Taman Melati di sini selepas majlis akad nikah di rumah pengantin perempuan di Masjid Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.

Jarak lokasi kemalangan dengan rumah Mohd. Ariff hanya kira-kira lima kilometer.

Keratan akhbar dari Kosmo! untuk tujuan dokumentasi. Pautan: PerkahwinanMajalah.Dompas.netDompas NetworksGuided-Info.com, dan Artikel Sentral. Catatan SekilasTokohUsahawan MayaCyber IlmuRiau,Banners to click!My Biz Online.

Ceritanya lebih kurang begini: kamu baru saja kehilangan gadis yang kamu cintai setengah mati. Jadi sekarang kamu ingin ingin tahu cara untuk mendapatkan gadis itu kembali?

Kamu ingin gadis tersebut kembali dalam kehidupanmu. Kamu ingin dia menjadi bagian dari kegiatan harianmu lagi. Kamu  ingin si dia menjadi sebahagian dari semua kegembiraan dan kesedihanmu. Kamu ingin dia berada di sisimu lagi untuk dicintai.

Selalu ada harapan untuk mendapatkan kembali si gadis. Ada beberapa perkara  yang dapat kamu lakukan. Buatlah tindakan agar  gadis itu kekal bersamamu, tawanlah hatinya dengan kebaikanmu, hidupkan semula perasaan cintanya terhadapmu.

Pertama, agar si gadis kembali bersamamu, janganlah menghujaninya dengan sms, mengintip melalui Myspace atau Facebook, atau melakukan beberapa kali kunjungan. Hindari tindakan-tindakan intim dengannya. Biarkan si dia bersendirian  seketika, jadi dia akan menyedari betapa berharganya diri anda. Tetapi, masa untuknya bersendirian biarlah munasabah, tidak terlalu singkat, dan tidak pula terlalu lama.

Kemudian, kamu dapat menawannya semula dengan kebaikan yang ada pada dirimu. Setelah masa yang ditetapkan berlalu, tunjukkanlah sisi-sisi kebaikan yang kamu miliki. Lakukanlah perkara-perkara yang dapat mencairkan hatinya. Buatlah dian merasa selesa sehingga dia menyedari bahawa kamu memang patut dicintai berbanding dengan kejadian-kejadian sebelum ini.

Akhirnya, kamu dapat menghidupkan semula perasaannya terhadapmu. Kemungkinan besar si dia masih menaruh perasaan terhadapmu, lebih-lebih lagi kamu berdua baru saja mengalami perpisahan. Kamu boleh saja membuat dia sedikit cemburu dengan cara ‘mengusik’ gadis lain. Namun, kamu mesti berhati-hati, jangan terlalu serius membuat gadismu cemburu.

Dipetik dari How To Get Her Back For Good – How To Get A Girl Back.

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA

PUTRAJAYA 26 April – Hubungan cinta yang terjalin sejak lima tahun lalu antara Khai atau nama sebenarnya Khairul Nizam Mohamad, 29, dan Rosmayati Sidik, 23, atau Rosma akhirnya termeterai di gerbang perkahwinan apabila kedua-dua penyanyi itu selamat diijabkabulkan di Masjid Putra, Putrajaya di sini hari ini.

Pasangan tersebut dinikahkan dengan mas kahwin RM100 oleh jurunikah Masjid Putra, Putrajaya, Abd. Manaf Mat, 49, setelah diwakilkan oleh bapa Rosma, Sidik Abu Bakar, 71, tepat pukul 11.55 pagi selepas dua jam ditunangkan pada majlis yang sama.

Dengan sekali lafaz, Khai sah menjadi suami kepada Rosma dan kedua-dua mempelai kelihatan berseri mengenakan busana berwarna putih susu daripada Butik D’risik.

Pada majlis itu juga, pasangan tersebut bertukar-tukar dulang hantaran iaitu sembilan dulang daripada Khai termasuk wang hantaran RM16,161.61 beserta sirih junjung, tas tangan jenama Guess, kasut, sejadah, telekung dan senaskhah al-Quran.

Rosma pula membalas 11 dulang hantaran berupa kek, sirih junjung, minyak wangi, kasut dan tali pinggang, puding, sejadah, coklat dan senaskhah al-Quran.

Bibit-bibit percintaan pasangan itu mula terbit ketika mereka sama-sama menyertai rancangan realiti televisyen popular, Akademi Fantasia musim pertama pada tahun 2003.

Ketika ditemui selepas majlis akad nikah, pasangan tersebut memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana majlis pernikahan mereka berjalan dengan lancar.

“Alhamdulillah semuanya selamat, mula-mula memang rasa berdebar tetapi bila sudah selesai akad nikah mula rasa lapang dan lega sangat. Walaupun boleh tarik nafas lega, tetapi ini merupakan permulaan untuk saya memikul tanggungjawab,” kata Khai yang pernah popular dengan lagu Dambaan Pilu itu.

Tambah Khai, selepas ini mereka akan menetap di kediaman Rosma di Seri Kembangan, Selangor untuk memudahkan perjalanan aktiviti seni di sekitar Kuala Lumpur.

Ini adalah keratan akhbar dari Utusan Malaysia untuk tujuan dokumentasi. Pautan: Perkahwinan, Majalah.Dompas.net, Dompas Networks, Guided-Info.com, dan Artikel Sentral. Catatan Sekilas, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online.

Mutiara Cinta

Jika kita mencintai seseorang, kita akan senantiasa mendo’akannya walaupun
dia tidak berada disisi kita.

Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita ? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah Cinta …

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi, jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterimakasih atas karunia tersebut.

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih
menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk
menyatakan cintamu kepadanya.

Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut, tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu, hanya untuk menemukan bahwa pada akhirnya menjadi tidak berarti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna penyesalan karena perginya tanpa berkata lagi.

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya.
Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati.

Hati-hati dengan cinta, karena cinta juga dapat membuat orang sehat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta PALSU.

Kemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan didalamnya dan kemungkinan
apa yang kamu benci tersimpan kebaikan didalamnya.

Cinta kepada harta artinya bakhil, cinta kepada perempuan artinya alam, cinta kepada diri artinya bijaksana,
cinta kepada mati artinya hidup dan cinta kepada Tuhan artinya Takwa.

Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta kedalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan.
Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.

Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam, tetapi tidak mempunyai
perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekedar canang yang gemericing.

Cinta adalah keabadian … dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dimiliki. Siapapun pandai menghayati cinta, tapi tak seorangpun pandai menilai cinta karena cinta bukanlah suatu objek yang bisa dilihat oleh kasat mata, sebaliknya cinta hanya dapat dirasakan melalui hati dan perasaan.

Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dahsyatnya cinta.

Cinta sebenarnya adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan didalam dirinya.

Kamu tidak akan pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. Namun apabila sampai saatnya itu,
raihlah dengan kedua tanganmu dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut kemulut tetapi cinta adalah
anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.

Jika saja kehadiran cinta sekedar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir. [Sarikata.com]

Cinta


karya: Titiek Puspa
penyanyi: Kelompok Bimbo, Bandung

Ke gurun engkau ikut
Ke kutub engkau turut
Bersama sehidup semati
Demikian kau ucapkan janji
Menangis kita berdua
Tertawa bersama

Tapi kini kau ingkari
Segalanya kau tak peduli lagi
Dan yang lebih menyakitkan kalbu
Kau bercumbu di depanku

Oh, Tuhan tunjukkanlah dosa dan salahku
Mudahnya dia buat janji
Semudah dia ingkar janji
Alangkah kejamnya cinta
Oh, alangkah pedihnya

Kejam oh kejam
Pedih oh pedih
Cinta oh cinta

Wahai Puteriku

oleh Shaikh Ali Al-Tantawi (semoga Allah swt merahmati beliau)

Putriku tercinta! Aku seorang yang telah berusia hampir lima puluh tahun. Hilang sudah masa remaja, impian dan khayalan. Aku telah mengunjungi banyak negeri, dan berjumpa dengan banyak orang.

Aku juga telah merasakan pahit getirnya dunia. Oleh karena itu dengarlan nasehat-nasehatku yang benar lagi jelas, berdasarkan pengalaman-pengalamanku, dimana engkau belum pernah mendengarnya dari orang lain.

Kami telah menulis dan mengajak kepada perbaikan moral, menghapus kejahatan dan mengekang hawa nafsu, sampai pena tumpul, dan mulut letih, dan kami tidak mengahasilkan apa-apa. Kemungkaran tidak dapat kami berantas, bahkan semakin bertambah, kerusakan telah mewabah, para wanita keluar dengan pakaian merangsang, terbuka bagian lengan, betis dan lehernya.
Kami belum menemukan cara untuk memperbaiki, kami belum tahu jalannya. Sesungguhnya jalan kebaikan itu ada di depanmu, putriku! Kuncinya berada di tanganmu.

Benar bahwa lelakilah yang memulai langkah pertama dalam lorong dosa, tetapi bila engkau tidak setuju, laki-laki itu tidak akan berani, dan andaikata bukan lantaran lemah gemulaimu, laki-laki tidak akan bertambah parah. Engkaulah yang membuka pintu, kau katakan kepada si pencuri itu: silakan masuk … ketika ia telah mencuri, engkau berteriak : maling …! Tolong … tolong… saya kemalingan.
Demi Allah … dalam khayalan seorang pemuda tak melihat gadis kecuali gadis itu telah ia telanjangi pakaiannya.

Demi Allah … begitulah, jangan engkau percaya apa yang dikatakan laki-laki, bahwa ia tidak akan melihat gadis kecuali akhlak dan budi bahasanya. Ia akan berbicara kepadamu sebagai seorang sahabat.

Demi Allah … ia telah bohong! Senyuman yang diberikan pemuda kepadamu, kehalusan budi bahasa dan perhatian, semua itu tidak lain hanyalah merupakan perangkap rayuan! Setelah itu apa yang terjadi? Apa, wahai puteriku? Coba kau pikirkan!

Kalian berdua sesaat berada dalam kenikmatan, kemudian engkau ditinggalkan, dan engkau selamanya tetap akan merasakan penderitaan akibat kenikmatan itu. Pemuda tersebut akan mencari mangsa lain untuk diterkam kehormatannya, dan engkaulah yang menanggung beban kehamilan dalam perutmu. Jiwamu menangis, keningmu tercoreng, selama hidupmu engkau akan tetap berkubang dalam kehinaan dan keaiban, masyarakat tidak akan mengampunimu selamanya.

Bila engkau bertemu dengan pemuda, kau palingkan muka, dan menghindarinya. Apabila pengganggumu berbuat lancang lewat perkataan atau tangan yang usil, kau lepaskan sepatu dari kakimu lalu kau lemparkan ke kepalanya, bila semua ini engkau lakukan, maka semua orang di jalan akan membelamu. Setelah itu anak-anak nakal itu takkan mengganggu gadis-gadis lagi. Apabila anak laki-laki itu menginginkan kebaikan maka ia akan mendatangi orang tuamu untuk melamar.

Cita-cita wanita tertinggi adalah perkawinan. Wanita, bagaimanapun juga status sosial, kekayaan, popularitas, dan prestasinya, sesuatu yang sangat didamba-dambakannya adalah menjadi isteri yang baik serta ibu rumah tangga yang terhormat.

Tak ada seorangpun yang mau menikahi pelacur, sekalipun ia lelaki hidung belang, apabila akan menikah tidak akan memilih wanita jalang (nakal), akan tetapi ia akan memilih wanita yang baik karena ia tidak rela bila ibu rumah tangga dan ibu putera-puterinya adalah seorang wanita amoral.

Sesungguhnya krisis perkawinan terjadi disebabkan kalian kaum wanita! Krisis perkawinan terjadi disebabkan perbuatan wanita-wanita asusila, sehingga para pemuda tidak membutuhkan isteri, akibatnya banyak para gadis berusia cukup untuk nikah tidak mendapatkan suami. Mengapa wanita-wanita yang baik belum juga sadar? Mengapa kalian tidak berusaha memberantas malapetaka ini? Kalianlah yang lebih patut dan lebih mampu daripada kaum laki-laki untuk melakukan usaha itu karena kalian telah mengerti bahasa wanita dan cara menyadarkan mereka, dan oleh karena yang menjadi korban kerusakan ini adalah kalian, para wanita mulia dan beragama.

Maka hendaklah kalian mengajak mereka agar bertakwa kepada Allah, bila mereka tidak mau bertaqwa, peringatkanlah mereka akan akibat yang buruk dari perzinaan seperti terjangkitnya suatu penyakit. Bila mereka masih membangkang maka beritahukan akan kenyataan yang ada, katakan kepada mereka : kalian adalah gadis-gadis remaja putri yang cantik, oleh karena itu banyak pemuda mendatangi kalian dan berebut di sekitar kalian, akan tetapi apakah keremajaan dan kecantikan itu akan kekal? Semua makhluk di dunia ini tidak ada yang kekal. Bagaimana kelanjutannya, bila kalian sudah menjadi nenek dengan punggung bungkuk dan wajah keriput? Saat itu, siapakah yang akan memperhatikan? Siapa yang akan simpati?

Tahukah kalian, siapakah yang memperhatikan, menghormati dan mencintai seorang nenek? Mereka adalah anak dan para cucunya, saat itulah nenek tersebut menjadi seorang ratu ditengah rakyatnya. Duduk di atas singgasana dengan memakai mahkota, tetapi bagaimana dengan nenek yang lain, yang masih belum bersuami itu? Apakah kelezatan itu sebanding dengan penderitaan di atas? Apakah akibat itu akan kita tukar dengan kelezatan sementara?

Dan berilah nasehat-nasehat yang serupa, saya yakin kalian tidak perlu petunjuk orang lain serta tidak kehabisan cara untuk menasehati saudari-saudari yang sesat dan patut di dikasihani. Bila kalian tidak dapat mengatasi mereka, berusahalah untuk menjaga wanita-wanita baik, gadis-gadis yang sedang tumbuh, agar mereka tidak menempuh jalan yang salah.

Saya tidak minta kalian untuk mengubah secara drastis mengembalikan wanita kini menjadi kepribadian muslimah yang benar, akan tetapi kembalilah ke jalan yang benar setapak demi setapak sebagaimana kalian menerima kerusakan sedikit demi sedikit.

Perbaikan tersebut tidak dapat diatasi hanya dalam waktu sehari atau dalam waktu singkat, malainkan dengan kembali ke jalan yang benar dari jalan yang semula kita lewati menuju kejelekan walaupun jalan itu sekarang telah jauh, tidak menjadi soal, orang yang tidak mau menempuh jalan panjang yang hanya satu-satunya ini, tidak akan pernah sampai. Kita mulai dengan memberantas pergaulan bebas, (kalaupun) seorang wanita membuka wajahnya tidak berarti ia boleh bergaul dengan laki-laki yang bukan mahramnya. Istri tanpa tutup wajah bukan berarti ia boleh menyambut kawan suami dirumahnya, atau menyalaminya bila bertemu di kereta, bertemu di jalan, atau seorang gadis menjabat tangan kawan pria di sekolah, berbincang-bincang, berjalan seiring, belajar bersama untuk ujian, dia lupa bahwa Allah menjadikannya sebagai wanita dan kawannya sebagai pria, satu dengan lain dapat saling terangsang. Baik wanita, pria, atau seluruh penduduk dunia tidak akan mampu mengubah ciptaan Allah, menyamakan dua jenis atau menghapus rangsangan seks dari dalam jiwa mereka.

Mereka yang menggembor-gemborkan emansipasi dan pergaulan bebas atas kemajuan adalah pembohong dilihat dari dua sebab :

Pertama: karena itu semua mereka lakukan untuk kepuasan pada diri mereka, memberikan kenikmatan-kenikmatan melihat angota badan yang terbuka dan kenikmatan-kenikmatan lain yang mereka bayangkan. Akan tetapi mereka tidak berani berterus terang, oleh karena itu mereka bertopeng dengan kalimat yang mengagumkan yang sama sekali tidak ada artinya, kemajuan, modernisasi, kehidupan kampus, dan ungkapan-ungkapan yang lain yang kosong tanpa makna bagaikan gendang.

Kedua: mereka bohong oleh karena mereka bermakmum pada Eropa, menjadikan eropa bagaikan kiblat, dan mereka tidak dapat memahami kebenaran kecuali apa-apa yang datang dari sana, dari Paris, London, Berlin dan New york. Sekalipun berupa dansa, porno, pergaulan bebas di sekolah, buka aurat di lapangan dan telanjang di pantai (atau di kolam renang). Kebatilan menurut mereka adalah segala sesuatu yang datangnya dari timur, sekolah-sekolah Islam dan masjid-masjid, walapun berupa kehormatan, kemuliaan,, kesucian dan petunjuk. Kata mereka, pergaulan bebas itu dapat mengurangi nafsu birahi, mendidik watak dan dapat menekan libido seksual, untuk menjawab ini saya limpahkan pada mereka yang telah mencoba pergaulan bebas di sekolah-sekolah, seperti Rusia yang tidak beragama, tidak pernah mendengar para ulama dan pendeta. Bukankah mereka telah meninggalkan percobaan ini setelah melihat bahwa hal ini amat merusak?

Saya tidak berbicara dengan para pemuda, saya tidak ingin mereka mendengar, saya tahu, mungkin mereka menyanggah dan mencemoohkan saya karena saya telah menghalangi mereka untuk memperoleh kenikmatan dan kelezatan, akan tetapi saya berbicara kepada kalian, putri-putriku, wahai putriku yang beriman dan beragama! Putriku yang terhormat dan terpelihara ketahuilah bahwa yang menjadi korban semua ini bukan orang lain kecuali engkau.

Oleh karena itu jangan berikan diri kalian sebagai korban iblis, jangan dengarkan ucapan mereka yang merayumu dengan pergaulan yang alasannya, hak asasi, modernisme, emansipasi dan kehidupan kampus. Sungguh kebanyakan orang yang terkutuk ini tidak beristri dan tidak memiliki anak, mereka sama sekali tidak peduli dengan kalian selain untuk pemuas kelezatan sementara. Sedangkan saya adalah seorang ayah dari empat gadis. Bila saya membela kalian, berarti saya membela putri-putriku sendiri. Saya ingin kalian bahagia seperti yang saya inginkan untuk putri-putriku.

Sesungguhnya tidak ada yang mereka inginkan salain memperkosa kehormatan wanita, kemuliaan yang tercela tidak akan bisa kembali, begitu juga martabat yang hilang tidak akan dapat diketemukan kembali.

Bila anak putri jatuh, tak seorangpun di antara mereka mau menyingsingkan lengan untuk membangunkannya dari lembah kehinaan, yang engkau dapati mereka hanya memperebutkan kecantikan si gadis, apabila telah berubah dan hilang, mereka pun lalu pergi menelantarkan, persisnya seperti anjing meninggalkan bangkai yang tidak tersisa daging sedikitpun.

Inilah nasehatku padamu, putriku. Inilah kebenaran. Selain ini jangan percaya. Sadarlah bahwa di tanganmulah, bukan di tangan kami kaum laki-laki, kunci pintu perbaikan. Bila mau perbaikilah diri kalian, dengan demikian umat pun kan menjadi baik. (Wallahul musta’an).

Disarikan dari buku : “Wahai Putriku” Ali Thanthawi Penterjemah: Abdulloh

Pamflet Cinta

karya w.s. rendra

Ma, nyamperin matahari dari satu sisi.
Memandang wajahmu dari segenap jurusan.

Aku menyaksikan zaman berjalan kalang-kabutan.
Aku melihat waktu melaju melanda masyarakatku.
Aku merindui wajahmu.
Dan aku melihat wajah-wajah berdarah para mahasiswa.
Kampus telah diserbu mobil berlapis baja.
Kata-kata telah dilawan dengan senjata.
Aku muak dengan gaya keamanan semacam ini.
Kenapa keamanan justeru menciptakan ketakutan dan ketegangan.
Sumber keamanan seharusnya hukum dan akal sihat.
Keamanan yang berdasarkan senjata dan kekuasaan adalah penindasan.

Suatu malam aku mandi di lautan.
Sepi menjadi kaca.
Bunga-bungaan yang ajaib bertebaran di langit.
Aku inginkan kamu, tetapi kamu tidak ada.
Sepi menjadi kaca.

Apa yang bisa dilakukan oleh penyair
Bila setiap kata telah dilawan dengan kekuasaan?
Udara penuh rasa curiga.
Tegur sapa tanpa jaminan.

Air lautan berkilat-kilat.
Suara lautan adalah suara kesepian
Dan lalu muncul wajahmu.

Kamu menjadi makna.
Makna menjadi harapan.
… Sebenarnya apakah harapan?

Harapan adalah karena aku akan membelai rambutmu.
Harapan adalah karena aku akan tetap menulis sajak.
Harapan adalah karena aku akan melakukan sesuatu.
Aku tertawa, Ma!
Angin menyapu rambutku.
Aku terkenang kepada apa yang telah terjadi.

Sepuluh tahun aku berjalan tanpa tidur.
*Punggungku karatan aku seret dari warung ke warung.
Perutku sobek di jalan raya yang lenggang…
Tidak. Aku tidak sedih dan kesepian.
Aku menulis sajak di bordes kereta api.
Aku bertualang di dalam udara yang berdebu.

Dengan berteman anjing-anjing geladak dan kucing-kucing liar,
Aku bernyanyi menikmati hidup yang kelabu.

Lalu muncullah kamu,
Nongol dari perut matahari bunting,
Jam dua belas seperempat siang.
Aku terkesima.
Aku disergap kejadian tak terduga.
Rahmatku turun bagai hujan
Membuatku segar,
Tapi juga menggigil bertanya-tanya.
Aku jadi bego, Ma!

Yaaahhhh, Ma, mencintai kamu adalah bahagia dan sedih.
Bahagia karena mempunyai kamu di dalam kalbuku,
Dan sedih karena kita sering terpisah.
Ketegangan menjadi pupuk cinta kita.

Tetapi bukankah kehidupan sendiri adalah bahagia dan sedih?
Bahagia karena nafas mengalir dan jantung berdetak.
Sedih karena fikiran diliputi bayang-bayang.
Adapun harapan adalah penghayatan akan ketegangan.

Ma, nyamperin matahari dari satu sisi,
Memandang wajahmu dari segenap jurusan.

Surat Cinta

karya w.s. rendra

Kutulis surat ini
kala hujan gerimis
bagai bunyi tambur yang gaib,
Dan angin mendesah
mengeluh dan mendesah,
Wahai, dik Narti,
aku cinta kepadamu !

Kutulis surat ini
kala langit menangis
dan dua ekor belibis
bercintaan dalam kolam
bagai dua anak nakal
jenaka dan manis
mengibaskan ekor
serta menggetarkan bulu-bulunya,
Wahai, dik Narti,
kupinang kau menjadi istriku !

Kaki-kaki hujan yang runcing
menyentuhkan ujungnya di bumi,
Kaki-kaki cinta yang tegas
bagai logam berat gemerlapan
menempuh ke muka
dan tak kan kunjung diundurkan

Selusin malaikat
telah turun
di kala hujan gerimis
Di muka kaca jendela
mereka berkaca dan mencuci rambutnya
untuk ke pesta
Wahai, dik Narti
dengan pakaian pengantin yang anggun
bunga-bunga serta keris keramat
aku ingin membimbingmu ke altar
untuk dikawinkan
Aku melamarmu,
Kau tahu dari dulu:
tiada lebih buruk
dan tiada lebih baik
dari yang lain…
penyair dari kehidupan sehari-hari,
orang yang bermula dari kata
kata yang bermula dari
kehidupan, pikir dan rasa

Semangat kehidupan yang kuat
bagai berjuta-juta jarum alit
menusuki kulit langit:
kantong rejeki dan restu wingit
Lalu tumpahlah gerimis
Angin dan cinta
mendesah dalam gerimis.
Semangat cintaku yang kuta
batgai seribu tangan gaib
menyebarkan seribu jaring
menyergap hatimu
yang selalu tersenyum padaku

Engkau adalah putri duyung
tawananku
Putri duyung dengan
suara merdu lembut
bagai angin laut,
mendesahlah bagiku !
Angin mendesah
selalu mendesah
dengan ratapnya yang merdu.
Engkau adalah putri duyung
tergolek lemas
mengejap-ngejapkan matanya yang indah
dalam jaringku
Wahai, putri duyung,
aku menjaringmu
aku melamarmu

Kutulis surat ini
kala hujan gerimis
kerna langit
gadis manja dan manis
menangis minta mainan.
Dua anak lelaki nakal
bersenda gurau dalam selokan
dan langit iri melihatnya
Wahai, Dik Narti
kuingin dikau
menjadi ibu anak-anakku !